Friday 5 December 2014

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

PELAJARAN 37 : ADAB MEMBACA AL-QURQAN

Al-quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan hidup umat islam. Al-quran merupakan sentepan rohani kepada orang yang membaca dan mengamalkan kandungannya. Orang yang membacanya diberi pahala. Oleh itu, kita wajib menjaga adab membaca Al-quran. Tahukah anda? Rasulullah bersabda, :

Maksudnya: Abu Umamah berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda : Bacalah Al-quran, kerana dihari kiamat nanti ia datang memberi syafaat kepada pembacanya.


Cara beradab dngan Al-quran boleh dibahagikan kepada tiga yaitu adab sebelum, adab semasa, dan adab selepas membaca Al-quran.


ADAB SEBELUM MEMBACA AL-QURAN :

*Niat dengan ikhlas.
*Berwudhuk.
*Duduk dengan tertib.
*Niat mendampingkan diri kepada Allah.
*Meletakkan Al-quran di tempat yang bersih dan tinggi.
*Mengharap pahala dan syafaat.
*Menghadap kiblat.
*Berpakaian bersih dan menutup aurat.


ADAB SEMASA MEMBACA AL-QURAN :

*Memohon perlindungan daripada gangguan syaitan dengan membaca "AU ZUBILLAHI MINA SYAITON NIRRAJIM".
*Membaca dengan bertajwid dan taranum.
*Khusyuk.
*Mengambil iktibar daripada apa yang dibaca.
*Sujud tilawah selepas membaca ayat As-sajadah.

ADAM SELEPAS MEMBACA AL-QURAN :

*Menutup Al-quran dan berdoa.
*Mencium dan mengucup Al-quran.
*Meletak di tempat yang sesuai.
*Membawa dengan penuh hormat.

IMPLIKASI MENGABAIKAN ADAB MEMBACA AL-QURAN :

*Dimurkai Allah.
*Gagal memahami apa yang dibaca.
*Ayat yang dibaca tidak memberi kesan.
*Hilang keberkatan membaca Al-quran.
*Kurang pahala.
*Tidak memperoleh syafaat Al-quran.

HIKMAH BERADAB MEMBACA AL-QURAN :

*Mendapat ganjaran pahala.
*Mendapat keberkatan hidup.
*Memahami dan menjiwai ayat yang dibaca.
*Jiwa tenang.
*Dikasihi Allah.
*Mendapat syafaat Al-quran di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...